Friday 31 December 2010

Muhammad Faiz Najmuddin

Hari terakhir 2010 ingin berbicara mengenai anak ke-3,....Muhammed dipanggil di New Marston Primary School. Pada awal persekolahan dia hanya termangu-mangu belajar dalam English. Namun selepas 2-3 bulan bersekolah, dia sudah mula bercoleteh dengan teman-teman beliau. Entah kadang-kadang aku sendiri pun tidak mengerti apa yang dipertuturkan.
 
Minatnya terhadap komputer dan games menjadi medan dia belajar. Tahu ajelah cakap Melayu pun masih belum fasih inikan pula membaca. Namun aku percaya dia seorang anak yang berdedikasi, jika ada homework dia pasti mengheret aku meminta aku membantunya. Sekarang.... itu ayat yang acapkali digunakan beliau.

Dia begitu cepat mempelajari komputer, dari games, surfing, PowerPoint dan bermacam lagi. Amat telah pandai membuat presentation dalam PowerPoint siap sekali dengan animations. Kami sungguh kagum, apa abang-abang boleh buat, dia pasti akan cuba melakukan.

Kegemaran seterus terhadap football or fussball atau bolasepak. Torres menjadi mainan di bibirnya, yang aku kagum dia sudah boleh sendiri surfing mencari gambar Torres, Raul..... 
Amat bersama kakak-kakak Oxford
Mengidam XBOX 360

Namun seminggu sebelum cuti sekolah dia deman dan batuk. Kesian tengok keadaan dia tetapi amat tidak langsung merenget. Hampir seminggu dia batuk dan terlantar di katil, makan pun tidak. Badan skinny cuma bertahan minum air. Namun aku amat kagum, dia melawan penyakit tanpa menangis. Alhamdulillah setelah seminggu dia semakin sembuh dan kembali dengan senyuman serta gurauan yang lebih nakal. Tambahan lagi dengan gigi rongak menyerlahkan lagi kenakalannya.

Membina semula pipi 
Cantek senyuman Amat...... bersama baju kegemaran
 
Cuti krismas dan tahun baru sudah hampir ke penghujung, sudah tiba masa bersekolah. Yang pasti Amat lebih bertenaga, bersemangat, dan nakal mengharungi 2011.All the best!!!!

No comments:

Post a Comment