Wednesday 24 August 2011

Mohon VISA ke UK (Student)

N3 yang dipetik panas2 dari blog

http://raihanmusa.blogspot.com/search/label/how%20to%20apply%20UK%20VISA

Yg dlm perjalanan ke kpg Oxford...dia kata nak beraya dulu kat TanahMelayu

Semoga ia menjadi pedoman utk memohon visa, walau apa pun sila rujuk kepada 

 http://www.ukvisas.gov.uk/en/howtoapply/infs/

Saya bg tips tambahan berwarna Oren. 

Thanks Puan Raihan

==============================================

Saya cukup bersyukur kerana urusan VISA saya selesai, kecut perut juga menunggu keputusan dari UK embassy. Apa-apa pun urusan sudah selesai tinggal nak berangkat sahaja. Dah siap VISA terus roger-roger supervisor saya di sana. Beliau sangat cool and very friendly! Alhamdulillah.
Oh yer, bagi yang belum akan memohon VISA saya ada tips. Bagi saya, memohon VISA mudah sahaja cuma bab prepare document tu yang agak 'leceh'. Bagi yang pergi seorang mungkin simple jer, but kalau bawa family, itu yang mencabar. Apa-apa pun kami berjanji nak sehidup semati bersama and tempat isteri adalah disisi suami. So, perkara-perkara macam tu adalah small matter. Eceyh. Merapu pulak.
Kena quadraple check, sebab jika kita tersilap you kena reject dan kena apply semula. Kos dia mahal....Sorang isi dan sorang lagi kena semak....
Jenis VISA yang perlu dimohon : Tier 4 (General)(Sponsored) Student
- Saya telah membuat kesilapan paling besar iaitu salah isi borang, saya pergi isi borang Tier 4(General) Student sebab dalam guideline university dok ulang-ulang Tier 4(general) sahaja. But semasa di Visa Application Centre, officer tu noticed kesilapan saya and tukarkan on the spot.
Next, ramai yang tertanya-tanya document apa yang perlu di bawa, semuanya dah tertera dalam CAS. So, refer pada CAS letter/email. Macam kes saya, saya tidak perlu submit apa-apa kecuali financial affidavit dari KPT. Tapi saya submit jer sebab sengaja. hehe. Cuma document untuk dependent(suami dan anak-anak) tidak tertera dalam CAS. So pepandai la google.
Jika Sabatical or attachment pihak sponsor akan bagi as TIER5, so sila isi borang utk TIER5. Pastikan apa yang kita dapat dari UK.
Saya ada sedikit panduan mengenai general document yang perlu di submit:
1. Unconditional Offer Letter
- Since mereka baru wujudkan sistem CAS, kebanyakan universiti hanya akan issuekan CAS number bila kita dah meet all the requirement such as english requirement and financial. Officer di Visa Application Centre cakap, tak effect pon kalau tak submit. So, tak wajib pon sumbit, nak submit pon boleh. Takder kene penalti pon. Submit jer la, perbanyakkan dokumen. =D
2. CAS email/letter
- Tak payah submit pon takper. Sebab dalam borang kita kene letak CAS number, dari situ orang embassy boleh access details kita. Tapi saya submit sebab nak memperbanyakkan dokumen. =D
3. IELTS results
- Ini bergantung pada CAS statement, kalau dalam CAS kene provide IELTS results, so submit la. DEPENDS on CAS. Macam kes saya, saya tak perlu submit tapi saya submit juga sebab nak perbanyakkan dokumen. =D
4. Transcript Academic
- Ini bergantung pada CAS statement, kalau dalam CAS kene provide Academic Transcript, so submit la. DEPENDS on CAS. Macam kes saya, saya tak perlu submit tapi saya submit juga sebab nak perbanyakkan dokumen. =D
5. Financial Statement
- Atas sebab saya pergi under KPT, so saya just submit surat dari KPT yang berbahasa Inggeris. Ada seorang officer di KPT suruh saya hantar surat yang ada tandatangan untuk keselamatan. KPT kan hantar offer letter by pdf file without signature. So, request la kat KPT surat yang bertanda-tangan.
- For dependant (husband kesayangan serta anak), boleh refer di website VISA, kalau satu kepala cecah berbelas-belas ribu for outer London. Walaupon suami pun ditaja but mereka nak evidence yang kita ada back up money for spouse. Duit ni boleh atas nama suami or sesiapa yang berkaita but kene ada evidence of relationship. Lagi satu, kene request bank statement and bank letter yang menunjukkan akaun kita maintain jumlah tersebut lebih 28 hari etc. Kami request dari saham Felda (suami punya syer), but pegawai Felda tu gi buat surat bahasa melayu yang sangat simple and tak mematuhi syarat. Then, kami sendiri draftkan surat, diorang print atas head letter Felda and sign. Sonang. Lagi satu, kalo nak guna ASB pon boleh. Saving account boleh. 
Part ni kena berhati2, jangan panik. Sila kemukakan bukti dlm English, jika Tabung Haji or ASB or Felda tidak mahu convert kita kena prepare sendiri dan guna letter head mereka. Cuma pastikan dapat cop&tandatangan. Jika tidak cukup sumber kewangan pinjam mana-mana pihak samada saudara or rakan or bank. Kemudian boleh pulangkan semula, cuma ia mesti jumlah yang dihantar dalam 28hari dan telah berada dalam akaun lebih 3 bulan(sila semak). Ini mungkin perkara mudah bagi yang telah disponsor tetapi bagi yang selfsponsor anda perlu betul2 cukup duit.
6. Translated relationship certificate
- Kene translatekan sijil nikah di mahkamah, kalau nak translate sendiri pon takper, jimat. Tapi saya spesies malas, saya minta translator di mahkamah translate kan. Kene charge sikit la. Kalau translate sendiri (saya boleh kasi template), then kena minta certified translator cop and sah kan. Surat beranak anak pun kene translate tau. 
7. Appendix 8- Self Assessment
- Ini dalam bentuk Hard Copy. Print and isi elok-elok. Kalau ada masalah boleh contact saya: raihan0908@yahoo.com.
9. Hard Copy Online Application Form
- Lepas dah isi online, print borang online tu dan sign. Kena submit juga.
10. Previous pasport and current pasport
- Pasport dedulu yang dah expired pon hantar la. Current pasport pulak, make sure valid sampai habis belajar. Sebab mereka akan print 'entry clearance' dalam salah satu page dalam pasport kita sekarang. Macam saya, pasport expired lagi setahun, so saya tetap gi buat pasport baru yang valid sampai 5 tahun.

11. ATAS
- Ini hanya applicable untuk by research. Rasanya semua sedia maklum. ATAS dah approve baru boleh apply VISA.
(segala dokumen diatas perlu di photostat sahaja dan TAK PERLU pengesahan ketua kampung. hehe.)
(Lebih kurang beginilah 'entry clearance' yang akan diletakkan dalam pasport Malaysia anda)
11. Bank Draft
- Macam saya, saya request bank draft di Alliance Bank. Alliance Bank berdekatan dengan Visa Application Centre. Bawak siap-siap duit. RM 1301 per person.
12. Gambar Pasport
- Oh no, saya pakai tudung yang betul-betul melekap kat muka and take off cermin mata. (Untuk avoid shadow, depends la) . Lagi satu, background gambar kene warna krim or putih.
13. Book appointment online
- Now tengah peak season, so mereka tak kan simply kasi orang masuk sesuka hati ke sana. So, make sure buat appointment. The best time saya rasa adalah pukul 10 lebih. Sebab pagi tu gi Alliance Bank buat bank draf and terus apply VISA.
14. Senyuman
- Eheh. Bukan main pulak. Senyum, senyum, senyum. =)
Bawa dokumen ORIGINAL dan PHOTOCOPIED. Submit bersama. Dont worry, bila VISA dah clear, mereka akan pulangkan balik. Lagi satu, kalau tak pasti dokumen apa yang perlu di submit, submit jer semua. Biar lebih jangan kurang. Tapi jangan pulak submit sijil maen hoki. huhu.
Saya harap ini membantu kalian, kalau ada tambahan atau pembetulan boleh lah email saya. Ada apa-apa pertanyaan or nak minta advice ker, boleh la email raihan0908@yahoo.com.
Semoga dengan bantuan ini, Allah akan membantu saya. InsyaALLAH. =D
*Visa itu disubmit di bangunan MCA. Parking banyak di bawah atau jika tidak kena parking di KLCC.


Regards,
Prof-Wanna-Be Raihan Musa

1 comment:

  1. It’s really a great topic selected by you to discuss over here. Sometime it’s difficult to get approval on visa. Lot of people discuss such things online and try to find out solution for the same so sharing such things which relate to visa, can really help people.
    Thanks & Regards,
    Working Visa Australia

    ReplyDelete