Friday 2 September 2011

Mari Berbuka Bersama-sama...

Sudah masuk hari ke-3 Syawal. Memang kesibukan betul melanda, tambahan smpai tiada kelapangan utk update blog ni.

Kebiasaan kami melakukan solat tarawih berjemaah bersama2 pada setiap hari Sabtu, maka utk minggu ke-4 diadakan majlis berbuka dan seterusnya solat tarawih. Pada awalnya kena survey brape ramai yg hadir then booking imam. Hampir 50% warga Malaysia di Oxford telah pulang utk berRamadhan & berSyawal. Ada juga yg pulang for good setelah menamatkan pengajian. So x pasti brape yg ade..... so kena guna FB utk create Event Triggered bukan  Time Triggered Protocol(TTP). Mesti kwn dr Leceister yg selalu menjengah blog ni ketawa kecil....

Dpt aje response almost 35 dewasa & 15 anak2 yg insaallah akan berkunjung lagi. Then organise plak siapa yg nak sediakan Juadah Utama. Berdasarkan pengalaman jika order dr kedai memang mudah but kadang tu kosnya amat tinggi. Jika minta kwn2 masakkan dan kelab sponsor bahan mentah, lebih banyak event yg boleh dilakukan.

Hasil persetujuan Chef2 Oxford...ala Gordon Ramsey... kena tengok tv UK, Hell Kitchen ramai yg volunteer malah amat berbesar hati menyediakan juadah secara percuma kira sedekah utk majlis berbuka ini. Allhamdulillah. Terima Kasih.

Hasil pemerhatian 1thn as Penghulu kpg ni, ramai yg sanggup utk berganding bahu bila ade majlis. Cuma kena ade mastermind utk see overall seperti booking tempat, jemput orang, penyediaan juadah & aturcara majlis. Bila ade Project Manager maka crowd akan follow. Tak sia2 skill masa kerja drp buat keje dlm lab, prepare proposal, jumpe client dan execute project. Ini semuanya boleh d guna semula dlm PerjalananKu. But kena fine tune sikit since semua ni kerja amal kan..... so sahabat2 semua pun volunteer. Jika masa keje..... ade KPI, sapa x follow..... berpeluh le nak menjawab bile review performance.

Mari lihat juadah yg disediakan:-

Nasi Arab
Pulut Kuning&Rendang
Mee Goreng
Bubur Lambok
Ayam Goreng
Apam
Kek2
Mcm2 lagi

Aturcara Majlis bermula:-
07.30mlm: Persediaan
08.10mlm: Berbuka
08.30mlm:Solat Magrib Berjemaah
08.45mlm:Majlis Berbuka
09.45mlm:Solat Isyaq&Tarawih
11.00mlm:Moreh

Memang hebat sahabat2 ni, begitu ghairah bile berjumpa. 

 Solat Maghrib




Nasi Arab


Beramah mesra dgn kwn2

Sodap ayam goreng ala2 KFC....but ni Chicken Cottage

Sempat ambil satu, sedap tu ...smpai gigit tulang

WoW!!!! papedom pun ade...teringat Restoran NZ Wangsa Maju

Wanita2... Oxford, Omar je yg dok telentang tu





 Amirrul mkn nasi kuning...pulut la tu.... favorite dia
Thanks yg bertungkus lumus menyediakan juadah or persediaan bilik. Termasuk juga my wife.... tk. Ramadhan mlm ke 28 dan syawal kian menjelma...

No comments:

Post a Comment