Sunday 18 December 2011

PAU 2011-Part1

Ingin berkongsi sedikit dlm N3 mengenai PAU2011 di PWTC. Ini selepas mendapat msg drp teman yg bertanya tiada ke update PAU dlm blog. Sebenarnya memang terdpt perancangan but sedikit sibuk dgn AGM dan beberapa hal yang perlu diselesaikan selepas semua tugasan dipikul oleh Home Minister selama 11hari. Insaallah ini rumusan ringkas siri-1

Hujung Nov 2011 aku telah di jemput utk pulang ke tanahair bg menghadiri PAU 2011. Selalunya setiap tahun Kelab2 UMNO Luar negara dijemput menghantar wakil masing2. Ini merupakan suatu tadisi yg amat baik bg yg berada di luar negara mendapat suatu pengalaman sebenar semasa PAU.

Ini dimaklumkan bahawa sepanjang penulisan ini hanya melibatkan pandangan peribadi dan tidak mewakili mana2 kelab UMNO luar negara. Mesti ingat..... pandangan peribadi.

Kali ini sebanyak 64 kelab2  UMNO seantario dunia pulang ke tanahair drp total 74. Di sini kita berpeluang berjumpa dgn rakan2 dari benua yg berbeza, ada dari Rusia, Australia, Amerika, Kanada, Indonesia, Korea, Jepun, Pakistan, UK, Deutshland, Perancis dan New Zealand.


Perwakilan dari UK 


                                                        Perwakilan dari UK


Aktiviti terlalu padat, boleh dikatakan bukan utk bersuka-ria or escape. Kehadiran di pantau setiap masa malah disiplin waktu amat diutamakan. Bermula dengan acara makan malam pada 25/11 sambil penyampaian hadiah kpd kelab2 yang telah melakukan pelbagai aktiviti yg amat memberi kesan kpd warga Malaysia di luar negara. Antara pemenangnya:-

1-KU-Kaherah: Ops Piramid
Terlibat membantu dlm mengeluarkan puluhan ribu pelajar&rakyat malaysia di sana semasa berlaku kekacauan dikala kejatuhan Hosni Mubarak

2-KU-Bandung: Bandung Games
Games terbesar utk pelajar Malaysia di Indonesia. Jika di UK ala2 Notts Game.

3-KU-London
Terlibat dlm menjayakan Merdeka Carnival

4-KU-Queensland
Menjayakan kutipan bantuan bencana di sana

5-KU-Christchurch
Membantu mangsa gempa bumi 

Mungkin ada yg tertinggal.......




Hari2 seterus kami dihimpunkan utk KURSUS KEPIMPINAN dgn mendengar pelbagai pesanan, nasihat dan amanat utk dikongsi bersama sahabat handai bila pulang nanti.

Pentas Kursus Kepimpinan

Menunggu taklimat seterusnya

Bersama KJ; moderator Kelab Umno Hull


Bersama perwakilan dr kiri: Volgrad,Perth(dah 30thn di sana tapi bahasa Melayu masih kekal fasih),Leeds,Lancaster


Majlis penutup Kursus Kepimpinan bersama Dato Sri Anifah-Menteri Luar Negeri


Antara yang paling menyentuh ialah kisah Dato Fuad Hassan kira adik or abg Dato Jalaluddin Hassan pelakon filem. Mengenai perjumpaan mereka suatu ketika dulu bersama barisan kepimpinan pemuda Indonesia(rasanya dr partai pemerintah).

Pada awalnya mereka boleh dikatakan diperlekeh oleh pemuda Indonesia mengenai kejayaan Bangsa Indonesia dalam mengharungi kehidupan seharian tanpa ada perlu membangkitkan isu bangsa dan bahasa kerana rakyat telah menerimanya sejak sekian lama tanpa sebarang masalah. Dengan bangga katanya kami tidak perlunya mengadakan sebarang polisi or protection terhadap dasar2 negara. Kata mereka dengan angkuh lagi.

"Pada ketika itu Dato' bersama ahli rombongan beliau merasa begitu Mt kecil, ingatkan dapat belajar sesuatu tetapi kena perlekeh plak. Kecik hati beliau katanya masa itu sambil tunduk malu."

Tiba2 muncul seorang bapak Menteri.... lupa namanya, sambil berkata wahai anak2 muda Indonesia. Memang benar kita tidak mempunyai masalah namun harus kamu ingat kedai siapa yang kamu bakar bila berlaku rusuhan. Orang mana yang kamu marah dan cari pada ketika itu.....adakah kamu lupa.

Tapi anak2 muda dr Malaysia ini tidak malu dan mengaku bahawa mereka punya masalah oleh itu mereka lebih kehadapan memikirkan agar ia tidak menjadi lebih besar maka wujudlah DEB, penguasaan ekuiti oleh bumiputera dan pelbagai polisi yg nampaknya agak berat sebelah. Namun implikasinya amat besar dlm pembangunan negara, kerana struktur bangsa dlm negara itu amat penting. 

Kita tidak mahu hanya 5% populasi suatu bangsa namun menguasai ekonomi hinggakan 90%. Wahai anak-anakku marilah kita buangkan sifat ego, bahawa Malaysia sudah jauhhhhhhh!!!! ke hadapan bukan lagi negara yang kita masih beranggapan di kala Sukarno melaungkan IndonesiaRaya.

Ketika ini Dato' kata, angkat muka balik. Kembang balik.......

Ini hanya sedikit sedutan drp ucapan Dato' Fuad Hassan yg penuh dgn emosi dan memang bergema bilik yang boleh mengisi 200orang ini.

Dapat ku simpulkan bahawa amat menarik berpeluang mendapat maklumat secara terus dari pemimpin2 tertinggi sambil beramah mesra dgn mereka. Niat yg suci utk mengekalkan tanahair ini sebagai milik Melayu mengikut definisi perlembagaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment