Sunday 22 July 2012

Bermotor ada caranya


Hari ini terpandang suatu fenomena yg rasanya sudah menjadi kebiasaan di Tanah Melayu. Jika dulu di zaman 80an, berbondong-bondong pelajar sekolah menaiki basikal or gerek(bg org Kedah). Namun kemakmuran negara tercinta mengubah budaya ini, tatkala motor menjadi kenderaan yg agak tidak asing dewasa ini.

Kini motor sering digunakan utk ke sekolah. Ia bkn sahaja memudahkan anak2 ke sekolah tetapi juga ibu-bapa yg terlibat dlm aktiviti ini. Katanya lebih fleksibel demi kekangan masa terutama yang bekerja di waktu pagi.

Brooom!!!! bunyi motor memintas aku..... termenung seketika

Mengimbau kenangan waktu persekolahan. Alhamdulillah, parent aku tidak ada isu ini utk disharekan kerana aku berada di sekolah asrama. Pengalaman ingin bermotor pun hanya seketika apabila memasuki Form 6, tetapi masa itu motor kapcai aje C70 berlampu bulat. 

Ah!! lebih baik kayuh basikal.

Kembali terpaku melihat motor tadi!!
 
Bukan apa!!! kulihat pembonceng di belakang itu adalah anak yang masih di sekolah rendah. Terberdiri pembonceng tatkala melintasi bumper2 yg banyak.

Aduhai!!

Sudahle tanpa bertopi kaledar, apa nak jadi.

Minggu lepas aku dimaklumkan bahawa seorang pelajaar sekolah yg berumur 14thn meninggal dunia akibat kemalangan motosikal. Sayang sungguh, katanya arwah merupakan bekas pemain hoki Selangor. Amat menyedihkan... Al-Fatihah utk arwah.

Aku tidak dpt membayangkan kesedihan dan kesayuan keluarga arwah. 

Aku mengambil kata-kata seorang Ustaz!
'Umat Islam yg melakukan pengeboman berani mati itu utk memusanhkan musuh adalah lebih baik baginya utk terus hidup bagi memikirkan jalan terbaik utk mendaulahkan Islam di muka bumi'
 
Jika sebegini pentingnya nyawa, fikir-fikir kan lah...... anak2 yg bermotor dan ibu-bapa yg memberi anak2 bermotor.

Wassalam

No comments:

Post a Comment