Friday 18 December 2015

Ho Chi Minh Vietnam-Day1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Welcome again to my sensational blog about PerjalananKu.

Ini topik ke-2 utk 2015 sebelum melabuhkan tirai. Ho Chi Minh aka Saigon @Vietnam menjadi destinasi perjalananku. Seperti kebiasaan ia menjadi trend apabila cuti sekolah panjang ada aktiviti bersama yang akan dilaksanakan.

Ho Chi Minh dipilih setelah beberapa diskusi panjang diperdebatkan, mana best yek nak pergi hujung tahun....... Kundasang, Bandung, Kuching, Jakarta, Thailand, Jegu, Schzen....

Setelah berjaya mendapat tiket yg berpatutan utk 6 org maka Ho Chi Minh dilawati dengan Vietnam Airlines

Maka trip dari 14/12/2015-19/12/2015 telah ditempah, dengan Hotel Saigon Pink(5 minutes walking distance-slow punya walking) dipilih yg terletak betul2 hampir dgn centre of attraction Bến Thành Market.


Kenapa memilih Saigon Vietnam:-

  • Tiket kapalterbang yg mampu dibeli
  • Ada tourist guide-free plak tu
  • Ada minuman sensasi
  • Shopping
  • History yg menarik
  • Aktiviti bersama family

Sejarah Vietnam yg merdeka sejak 1945 tetapi masih mundur dr bumi Malaysia tercinta memberi makna utk kita berfikir kenapa & mengapa. Beberapa siri pertelagahan merebut kuasa pada sejarah awal mereka telah menjemput kuasa barat utk menjadi Big Brother.

Yg pasti Perang Vietnam  aka Vietnam War terpahat dlm sejarah peperangan dunia, yg mana kuasa besar Amerika Syarikat yg mendominasi Vietnam Selatan telah tewas kpd gerila Viet Kong yg mewakili Vietnam Utara pada 1975. 

Penduduk seramai 90 juta org.... 3x Malaysia. Beragama Buddhism.National language of Vietnam is Vietnamese (Tiếng Việt). UTC +7-masa awal sejam. Currency Vietnam Dong, 1juta =RM195 pada 11/12/2015.


Sumber wikipidea


Menurut legenda, sejarah Vietnam bermula sejak lebih 4,000 tahun. namun begitu, sumber-sumber boleh dipercayai yang ada menunjukkan bahawa sejarah Vietnam bermula sejak 2,700 tahun dahulu. Bagi kebanyakan zaman mulai 111 SM hingga abad ke-10, Vietnam diperintah secara langsung oleh dinasti China yang berturut-turut.  Zaman kedaulatan ini terhenti pada pertengahan hingga akhir abad ke-19, aapbila negara dijajah oleh Perancis. Ketika Perang Dunia II, Empayar Jepun mengusir pihak Perancis untuk menduduki Vietnam. Setelah berakhirnya perang, Perancis cuba menguasai semula Vietnam namun akhirnya gagal. Perjanjian Geneva membahagikan negara menjadi dua dengan janji pilihanraya demokratik untuk menyatukan semula negara.




Bagaimanapun, penyatuan semula secara aman tidak menjadi kenyataan, sebaliknya pembahagian ini membawa kepada Perang Vietnam yang, bergantung kepada perspektif individu, merupakan sama ada perang saudara atau sebidang medan pertempuran dalam konflik ideologi sedunia yang berterusan ketika itu, iaitu Perang Dingin. 


Ketika itu, Vietnam Utara disokong oleh Republik Rakyat China dan Kesatuan Soviet, manakala Vietnam Selatan disokong Amerika Syarikat. setelah berjuta-juta nyawa rakyat Vietnam dan pengunduran pihak Amerika dari Vietnam pada bulan Mac 1973, perang berakhir dengan kejatuhan Saigon ke tangan Vietnam Utara pada April 1975. 

Pada tahun 1986, Parti Komunis Vietnam mengubah dasar ekonominya lalu memulakan pembaharuan sektor swasta yang seiras dengan apa yang dilakukan di China. Sejak pertengahan 1980-an, Vietnam menikmat pertumbuhan ekonomi yang cukup besar.

Belajar sejarah sikit.... sebelum dapat digest apa yg berlaku

Bandar Raya Ho Chi Minh (Saigon) (bahasa Vietnam: Thành phố Hồ Chí Minh) merupakan bandar raya terbesar di Vietnam. Ia terletak 1,760 di selatan ibu negara, Hanoi. 9 juta penduduk.

Bandar ini pernah dikenali sebagai Prey Nokor dan merupakan pelabuhan utama Kemboja sebelum dikuasai oleh Vietnam pada abad ke-17. Semasa dinamai Saigon, bandar ini menjadi ibu kota Cochinchina Perancis dan kemudian Vietnam Selatan dari 1954 hingga 1975 dalam Perang Vietnam. 

Pada 1975, Saigon digabungkan dengan Gia Định dan dinamakan semula Bandar Raya Ho Chi Minh. Pusat bandar terletak di tebing Sungai Saigon dan berdekatan dengan delta Sungai Mekong. 

Target tempat&benda yg ingin dilawati/dirasai:
  • Bến Thành Market
  • Russian Market
  • Taka plaza 
  • Saigon square
  • War Museum
  • Cu Chi tunnels
  • Mekong River
  • Vietnam Coffee

KLIA to Tân Sơn Nhất International Airport

The most excited man






Al kisah bermula apabila kami terbang dengan Vietnam Airlines dalam 2 jam. Tetapi disebabkan awal sejam kami tiba sekitar 1400. Kemudian melepasi imigresen selepas sedikit berdebar kerana ada yg di reject masuk disebabkan mereka perlu dokumen tambahan. Apa yg perlu, saya pun tak pasti. Namun ke Ho Chi Minh tidak perlu isi sebarang form declaration mcm ke Indon, Europe.




Image result for ho chi minh airportTân Sơn Nhất International Airport agak baru juga, compare dgn Bandung memang tak boleh lawan. May be mcm subang airport or even bigger.



Tengok hero dah posing depan bank. Semua dah eager nak ronda2.








Sampai aje kami booking taxi. Kami ambil teksi yg color hijau- Mai Linh dgn tambang 220K Dong =RM44 menuju ke hotel Saigon Pink. Teksi Vinasun juga ok. Ambil masa dlm 40 minit sebab traffic jam, biasa la tu.

    Image result for vinasun taxi


Pemandangan menarik sepanjang ke hotel ialah motosikal dijalanan yg terlalu banyak. Happening. Tengok



Selepas check in dan berehat sebentar kami semua ke Bến Thành Market untuk mendapat feeling. Wah terkejut juga dengan suasana di market ini yang kebanyakan juru jual adalah perempuan yang kebanyakan cara berpakaian seksi. Mungkin disebabkan oleh suasana yg panas or kaedah melekakan pembeli. Market boleh boleh dikategorikan mcm Pasar Siti Khadijah di Kelantan or PAsar Kepayang di KT.




Pasar ini memang happening dengan pelbagai jualan, dari makanan, buah-buahan, bunga, kain, pakaian & mcm2 lagi. Di sini mesti pandai bargain. Teringat masa kecik2 membeli brg mengikut Arwah emak dan Mak Saudara. Suasana seumpana ini berlaku di sini, minta discount gila2.... cth jika harga 300K Dong, mintala 50K Dong. Dari situ baru bergerak ke titik persetujuan. Jika tak suka tinggalkan kedai tersebut, mereka akan panggil kita dgn muka semacam dan ngomelan.... Ini baru cuci mata shj, belum mahu beli.



Image result for vietnam coffeeYg pasti kopi ais Vietnam menjadi pilihan dgn RM3 secawan. Ada tempat dah RM4.... Ini disebabkan penceritaan yg melampau oleh tourist guide kami mengenai kelazatan & keenakkan Kopi Ais Vietnam. Bersepah kopi ini dgn trademark HALAL KOPI. Satu hari dlm 4 cawan beli. Sempat berbual dgn penjual wanita, 1 hari dlm 25 cawan Kopi Susu dan 20 cawan Kopi O.


Seterusnya sebelum melabuhkan malam kami ke Restoran Hj Basiroh. Penuh tempatnya, terpaksa lepak kat atas. Bila nak order baru terpingga-pingga melihat harganya. Bila nak bayar terkulat-kulat juga utk 6 org, 515K Dong dlm RM130. Bkn ada ikan 3 rasa or sotong tepung. Just nasi goreng biasa....




                                               Nasi goreng kpg dalam RM14

Dlm 8 mlm mula menuju ke Pasar Malam yg berada depan&blkg Bến Thành Market. Pada waktu ini mereka masih menyusun barangan. But tips dlm blog kata nak best bargain bila ur the 1st customer.








Ini posing bersama penjual(Lyana) jeans yg famous di Night market Bến Thành kerana menjadi pilihan saudara Mazidul TV3 tu. Maka apa lagi pililah, ada Levis, Dockers, etc. Saya pernah pakai dan memang best. Harga pandai2 la bargain. Utk anak2 kecik tiada size. Kat mana nak cari.... Area motosikal ini(photo di bawah) tetapi hujung sebelah sana.

Lihat papan tanda pada atas gerai...mcm di atas

Habis cerita merantau Day1



1 comment:

  1. Strange "water hack" burns 2lbs overnight

    Over 160 000 men and women are losing weight with a simple and secret "liquids hack" to lose 2 lbs every night while they sleep.

    It is easy and works with everybody.

    This is how you can do it yourself:

    1) Grab a clear glass and fill it half glass

    2) Proceed to do this crazy hack

    you'll be 2 lbs skinnier when you wake up!

    ReplyDelete