Saturday, 19 December 2015

Ho Chi Minh Vietnam-Day2

Hari ke-2 pergerakan pagi sedikit lewat kerana semalam hari pertama sangat keletihan. Setelah kedai2 makan sekitar kami menjual dengan harga yang tidak masuk akal walaupun air robot(25K Dong) mahupun nasi putih kosong(10-15K Dong) kami yg berenam terpaksa membuka bekalan dari kampung.

Makanan seperti Brahims foods menjadi bekalan bagi keluarga besar kami. Memandangkan kami di Bangi maka beli terus dari kilang. Harga sekitar 30% off dari harga di kedai atau pasar raya. Pilih dari kuah shj sehingga ke nasi beriani kambing. Di tambah sambal goreng ikan bilis Melaka yg pedas lagi menyelerakan sehinggakan mencurah-curah peluh.


Image result for brahims food





Image result for sambal ikan bilis goreng


Hari ini kami plan utk ke tempat2 yg sedikit jauh dari hotel. Kami berjln kaki sehingga ke Indepence Palace yang merupakan rumah & pejabat kepada Presiden Vietnam Selatan semasa Perang Vietnam. Di sini masuk berbayar dan kami hanya berposing di luar sahaja.

Image result for independence palace





T-54 tank tersergam


Semasa di situ kami ditawarkan untuk menyewa motosikal bagi menyusuri Saigon. Wau!!! menarik juga, dan promoter itu mengatakan membeli di ChinaTown lebih murah berbanding Benh Tan. Namun melihat situasi jalanraya yg dipenuhi dengan motosikal, hasrat itu dipendamkan.



Kami meneruskan berjalan kaki sehingga ke Museum War, namun ia telah ditutup pada waktu lunch. Apakan daya...


Image result for war museum vietnam ho chi minh


Kami berjalan seterusnya dlm suasana tercari2 utk ke Russian Market. Harap maklum di Saigon ini barrier yg wujud ialah kebolehan masyarakt tempatan berkomunikasi dlm bahasa Inggeris, ada yg cuba berbahasa Melayu tetapi lebih kepada standard utk menjual barang atau menarik pelanggan. Signboard tourist attraction pun boleh dikatakan tiada. So baca map la kan.... akhirnya singgah bertanya kpd penjual peti besi yg sedikit sebanyak dpt faham dan bertutur dlm English. Akhirnya dia mencadangkan agar menaiki teksi Vinasun utk ke sana. Apa lagi dia terus membantu kami menahan teksi.... thank you. 

Here we come Russian market. Bila dengar nama terbayang mcmana lah rupanya.








Russian Market boleh dikatakan seperti bazar baru di Rantau Panjang, cuma ia berhawa dingin. Jadi meronda dlm kws ini lebih tenteram dan nyaman. Disini menjual kain baju dan yg unik ialah menjual baju&pakaian iklim sejuk yg memang banyak. Katanya di hasilkan utk market Rusia. Jadi memang ramai pelancong samada dari Jepun, Korea, China yg membeli pakaian2 sejuk ini. So bagi kami lebih kepada melihat persekitaran. 


Habis berehat dalam Russian Market kami mengambil keputusan utk kembali ke Banh Tan market, kiranya mcm nak balik hotel juga. Teksi Vinasun banyak di depan market sahaja. Cuma confuse harga teksi Vinasun semasa balik lebih murah 36K Dong berbanding 42K Dong. Cerita pasal teksi ni memang ada al -kisah. Kita tunggu!!!!!!!!!!!!!!!!

Sampai saja ke Banh Tan kami meredah laluan deretan kedai2. Semasa ini aku rasa mcm artis pula baju aku ditarik serta lengan di pegang. Baju diraba2 oleh wanita2 jelita dan seksi..... tak boleh nak bergerak. Ingatkan mereka ingin mengambil autograf rupanya suruh singgah gerai untuk membeli barang. Waduh2..... ini kaedah digunakan oleh gadis2 manis utk merayu pembeli. Jurujual wanita di sini ada yg semcm promoter spa aje, bak kata sahabat saya yg 1 minggu awal dtg ke sini. Kebanyakan tayang spotlight aje. Tapi jgn lupa tawar giler2.... Suasana begini yg belum pernah dialami walaupun di Bandung or Jakarta. Mungkin disebabkan oleh latar belakang agama mereka yang tiada larangan menyebabkan ini berlaku. Mungkin juga etika berniaga yg tiada pengawasan semacam KPDNKK. Apabila sampai di hotel, wife pun ckp benda yg sama habis baju ditarik sehinggakan tak boleh bergerak. Aduhai Ho Chih Min......


Sebelum terus pulang kami singgah di Hjh Rohani collection. Penjual menunjukkan selebriti2 Msia yg berkunjung ke kedai mereka. Antaranya terlajak laris, Rozita Che Wan, Maidin-katanya dia org supplier, dan berbagai lg. Tudung Neolofa ada bermcm jenis, dari harga RM23 sehelai. Jubah2, tudung2 dan bermcm lagi. Kedai ini berhawa dingin & ada wifi. Apa lagi, anak2 ada wifi semua senyap melayan hand phone.

Letih merentasi lautan peminat di Banh Tan kami terus ke hotel yg hanya 5 minit berjalan. Big boss pun dah letih..... sementara menunggu mama dia order Kopi Ais. Big bos dulu tak minum kopi tapi terkena kopi Vietnam dia sendiri ckp dah 'Upgrade Himself to Drink Coffee'

Big Boss dengan topi & spec. Each Rm10

Hotel->Indepence Palace->War Museum->Russian Market->Benh Tan->Hjh Rohani Collection->Hotel

No comments:

Post a Comment